Aidil sasar slot ke Sukan SEA Vietnam

Oleh Ammar Hakim 12 April 2021 221
Aidil sasar slot ke Sukan SEA Vietnam
Pemain perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, memasang hasrat untuk cuba meraih tempat buat julung kali dalam skuad utama ke Sukan SEA Vietnam 2021.

Pemain berusia 21 tahun itu mula pasang harapan setelah BAM mengumumkan perseorangan utama, Lee Zii Jia, tidak akan turun mempertahankan pingat emas untuk edisi kali ini.

Naib juara Terbuka Hellas 2019 itu pernah dibawa bersama ke Sukan SEA Filipina dua tahun lalu, namun kehadirannya hanyalah sebagai rakan sepelatih.

"Sukan SEA merupakan kejohanan yang besar dan jika diberikan peluang beraksi, saya mahu menampilkan kemampuan di gelanggang," kata Aidil.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen