Bagi peminat e-sukan khususnya MPL MY, pastinya tak sabar menunggu tibanya hari Jumaat 29 Mac 2024.

Mana taknya, musim ke-13 akhirnya kunjung tiba dengan setiap pasukan sudah mempersiapkan diri dengan kehadiran pemain-pemain hebat! Ramai juga yang tak sabar melihat taunting di kalangan pemain serta banter di antara peminat.

Sejujurnya, Dayang masih lagi berjinak-jinak dan baru je follow MPL MY ni sejak kerapkali menerima kehadiran pemain, pengurus dan pemilik pasukan di studio. Nak tahu rules perlawanan pun kena banyak merujuk kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.

Pada Khamis, kurang 24 jam sebelum pembuka tirai epik di antara Homebois dan Selangor Red Giants, Dayang dan Lily terima kehadiran Daddyhood dan Avaa dari pasukan Homebois untuk menyambut ketibaan musim baru ini.

Dalam perbualan mengenai persiapan musim baru Homebois, sempat juga kami selit persoalan tentang bio pic perjalanan kehidupan Soloz yang akan datang tak lama lagi.

Tapi paling mencuit hati adalah ketika Daddyhood, pemilik Homebois berkata, “saya ada pilih dua pelakon (untuk watak Daddyhood)… Aaron Aziz atau Zul Ariffin… hmm…tapi tak lepas!” katanya sambil ketawa.

Wah mesti best kalau betul kan?

Jangan lupa guys jam 4 petang ni! Pembuka tirai musim baru, Homebois bertemu Selangor Red Giants. Ada di Youtube dan Facebook Astro Arena. Jangan kata kami tak payung ;)