Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, yang mencipta sensasi meleburkan rekod acara 60 meter dalam dewan kebangsaan berusia 24 tahun milik Watson Nyambek menarik perhatian Nazmizan Mohamad.

Bagi bekas raja pecut Asia Tenggara itu, catatan Azeem dalam Kejohanan Texas Tech Open and Multis, semalam, membuktikan keputusan pelari dari Perak itu untuk melanjutkan pelajaran serta mengembangkan sayapnya di luar negara adalah satu pilihan yang tepat.

"Azeem di landasan tepat untuk mencapai cita-citanya untuk berlari di bawah 10 saat.

"Dia membuat keputusan yang begitu baik untuk melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat dan berlatih seperti biasa," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Tambahnya, kejayaan anak muda seperti Azeem sememangnya memberi kelebihan buat negara untuk mempunyai prospek terbaik masa depan.

Tetapi Nazmizan berharap semua pihak agar dapat memberi ruang dan tidak meletakkan sebarang sasaran atau tekanan besar buat pelari muda itu buat ketika ini.

""Saya harap dia dapat menjadi atlet profesional tapi usah beri tekanan kepadanya.

"Dia mungkin mempunyai perancangan tersendiri dan saya dia berjaya dia berada di kedudukan ketiga terbaik dalam Sukan Asia.

"Seterusnya layak ke pentas Sukan Olimpik 2024 secara merit," katanya.