FILIPINA 1 KEMBOJA 1

Filipina bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Kemboja 1-1 dalam perlawanan pertama masing-masing dalam Kumpulan A, Sukan SEA Filipina di Stadium Memorial Rizal sebentar tadi.


Selepas Myanmar seri 1-1 dengan Malaysia dalam satu lagi perlawanan, kedua-dua pasukan menyedari kemenangan dalam perlawanan itu akan melonjakkan mereka selaku pendahulu kumpulan.

Bagaimanapun, aksi di atas padang tidak mencerminkan kesungguhan mereka dengan jaringan pembukaan hanya tiba pada penguhujung babak pertama.

Keo Sokpheng meletakkan pasukan pelawat itu di depan susulan gerakan satu-dua dengan Cheng Meng pada minit ke-41.

Filipina mengasak hebat kubu Kemboja dalam babak kedua dan usaha mereka itu hanya membuahkan hasil pada minit terakhir waktu kecederaan dengan Dennis Chung merembat kencang dari luar kotak penalti untuk kedua-dua pasukan sekadar meraih satu mata.