Bekas pemain nombor satu dunia, Simona Halep, tersingkir daripada Terbuka Perancis selepas tewas kepada Zheng Qinwen semalam.

Juara Roland Garros 2018, pemain paling berpengalaman bagi kejohanan tahun ini, tewas 2-6, 6-2, 6-1 kepada lawan bukan pilihan.

Halep, yang dilatih oleh bekas jurulatih Serena Williams, Patrick Mouratoglou, merupakan satu besar terbaru yang mengalami penyingkiran awal dalam grand slam gelanggang tanah liat tahun ini.

Atlet berusia 30 tahun itu, bangkit mengatasi Nastasja Schunk Selasa lalu, kelihatan cemerlang selepas merakamkan kemenangan dalam set pertama.

Tetapi Halep membalas gerakan agresif yang dipamerkan Zheng, yang menang set kedua sebelum mengekalkan rentak cemerlang dalam set ketiga ketika membuat penampilan pertama di Paris.


Zheng kini bakal berdepan antara pilihan ke-13, Jelena Ostapenko, atau wakil Perancis, Alize Cornet di pusingan ketiga.