Jaguh negara, Andre Anura Anuar, menepati ramalam apabila meraih pingat emas dalam acara lompat kijang Kejohanan Olahraga Terbuka Perak Super Series II di Ipoh hari ini.

Andrea Anura mencatatkan lompatan terbaik dengan catatan 15.60m, jauh meninggalkan prospek muda, Ng Tak Sing, yang terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Melihat prestasi Tak Sing yang kelihatan merudum, Andre Anura juga tidak mengetahui punca rakannya itu gagal mempamerkan lompatan terbaik.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan keputusan hari ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Bagi saya ia sudah cukup bagus kerana sasaran saya ke sini juga adalah untuk mendapatkan cacatan atas 15.5m."

Mengulas mengenai Tak Sing, dia menambah: "Bagi saya, mungkin dia tidak cukup rehat selepas Kejohanan Asia dan jarak kejohanan juga cukup dekat.

"Mungkin dia akan dapat melakukan yang lebih baik dalam kejohanan selepas ini."