Pemain pilhan utama, Nadal, memenangi set pertama hanya dalam tempoh 30 minit tetapi Nishikori bangkit dalam set kedua untuk mengheret perlawanan itu ke set penentuan sebelum juara grand slam 20 kali berkenaan mengesahkan kemenangan 6-0, 2-6, 6-2.
Nishikori hanya meraih tiga winner di mana dia tewas mudah dalam set pertama tetapi bermain baik dalam set kedua untuk mengheret Nadal ke set ketiga buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu -- selepas melalui perkara sama ketika menentang Ilya Ivashka dalam pusingan kedua.
Pemain nombor tiga dunia itu menyelamatkan tiga mata break daripada kedudukan 0-40 dalam set ketiga sebelum meneruskan penguasaannya untuk layak ke suku akhir.
Take a bow, @RafaelNadal! ??
— ATP Tour (@atptour) April 22, 2021
?: @TennisTV | #BCNOpenBS pic.twitter.com/Q07fx7Ksk2
Nadal seterusnya akan berdepan pemain bukan pilihan dari Britain, Cameron Norrie, yang di depan 6-0, 5-3 sebelum lawannya, David Goffin, menarik diri kerana kecederaan kaki.
Sementara itu, juara Masters Monte Carlo, Tsitsipas, menewaskan Alex de Minaur 7-5, 6-3 bagi memanjangkan rekod kemenangan straight set miliknya kepada tujuh perlawanan berturut-turut.
Seterusnya, pemain pilihan kedua itu akan bertemu Felix Auger-Aliassime, yang menewaskan rakan senegara dari Kanada, Denis Shapovalov, 6-2 6-3.