Elena Rybakina layak ke separuh akhir Terbuka Australia selepas kemenangan meyakinkan 6-2 6-4 menentang Jelena Ostapenko semalam.

Rybakina, 25, menjadi pemain wanita atau lelaki pertama dari Kazakhstan untuk memenangi grand slam apabila dia menjulang trofi Wimbledon pada 2022, dan dia kini hanya tinggal dua perlawanan lagi untuk memastikan kejuaraan keduanya.

Menentang Ostapenko dari Latvia, Rybakina mempunyai kelebihan yang jelas, selepas memperoleh 11 servis ace.

Cemerlang mengatur langkah, Rybakina pantas memastikan set pertama dalam tempoh 33 minit.

Ostapenko agresif di awal set kedua, namun gagal kekal konsisten membolehkan Rybakina mendahului sebelum menang set kedua.

Rybakina akan bertemu Victoria Azarenka di separuh akhir.