Roger Federer memuji Novak Djokovic merangkul kejuaraan ke-10 Terbuka Australia sebagai sesuatu yang 'menakjubkan' sekaligus menjadikan atlet Serbia menyamai rekod 22 gelaran bersama Rafael Nadal.

Walaupun Federer menjadi pemain pertama meraih 20 gelaran utama apabila memenangi Terbuka Australia 2018, Legenda Switzerland itu gagal menambah gelaran sebelum bersara September lalu dan telah dipintas oleh dua pencabar utamanya.

Dengan Nadal bergelut untuk kekal cergas, Djokovic menjadi pilihan untuk menamatkan karier sebagai pemain tenis paling berjaya dalam sejarah grand slam.

Usaha yang luar biasa, Tahniah diucapkan," tulis Federer menerusi Instagram, memuji kemenangan straight set Djokovic ke atas Stefanos Tsitsipas pada perlawanan akhir Ahad di Melbourne Park.

Roger Federer memuji Novak Djokovic merangkul kejuaraan ke-10 Terbuka Australia sebagai sesuatu yang 'menakjubkan' sekaligus menjadikan atlet Serbia menyamai rekod 22 gelaran bersama Rafael Nadal.

A post shared by Novak Djokovic (@djokernole)