Danielle Collins meneruskan aksi cemerlang dalam kempen Terbuka Australia 2019 apabila melangkah ke separuh akhir susulan kejayaan menewaskan Anastasia Pavlyuchenkova dalam tiga set hari ini.

Pemain Amerika Syarikat berusia 25 tahun itu memadamkan aksi longlai di permulaan aksi untuk memastikan kemenangan 2-6, 7-5, 6-1 di Arena Rod Laver.

Collins tidak pernah memenangi aksi utama di pentas grand slam sebelum kejohanan ini tetapi kini bakal berentap dengan Petra Kvitova atau Ashleigh Barty untuk merebut tiket ke final.

Keputusan itu menyaksikan Pavlyuchenkova terus terkandas dalam suku akhir tatkala pemain dari Russia itu memegang rekod lima perlawanan tewas selepas berada dalam kelompok lapan terakhir.

Collins -- menewaskan Angelique Kerber dalam pusingan keempat -- bermula terlalu agresif sehingga membuatkannya gagal mengatasi lawan dan dia cuba memadamkan kegagalannya dalam aksi kedua yang berlangsung selama 17 minit.

Ia membolehkan Pavlyuchenkova mengawal permainan tatkala Collins cuba untuk bangkit.

Pavlyuchenkova menamatkan set selama 49 minit apabila pukulan silang Collins meliar.

Sedar perlu melakukan sesuatu, Collins bangkit dalam set kedua apabila pukulan deras ke depan membolehkannya mendahului 3-1.

Pavlyuchenkova cuba melawan -- sehingga mata ke-15 -- dalam game kesembilan sebelum Collins tenang memenangi set kedua dengan pukulan deras.

Collins meneruskan momentum dalam set penentuan dan ternyata menguasai perlawanan, mendapatkan kelebihan awal dengan pukulan deras yang memukau.

Lebih unggul menguasai permainan di garisan, Collins tidak berdepan masalah untuk memenangi tujuh game sebelum Pavlyuchenkova cuba bangkit tetapi ia sudah terlewat.