Persediaan Garbine Muguruza untuk menghadapi Kejohanan Wimbledon minggu depan terbantut apabila dia tersingkir dalam pusingan 16 Kejohanan Tenis Antarabangsa Eastbourne awal pagi tadi.

Pemain nombor 26 dunia, Camila Giorgi, bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi kedua-dua set dan menewaskan pemain pilihan kelima, Muguruza, 7-5, 6-3 dalam masa hampir dua jam.

Ia merupakan kali kedua berturut-turut Giorgi mara ke suku akhir selepas melakukan perkara sama di Birmingham sebelum ini.

Dia seterusnya akan berdepan Viktoriya Tomova -- yang menewaskan Kirsten Flipkens 3-6, 6-3, 6-4 -- bagi penentuan ke separuh akhir.