Jaguh larian menara negara, Soh Wai Ching, berasa bangga dapat mengibarkan Jalur Gemilang selepas menjuarai Kejohanan Taipei 101 Run Up di Taiwan hari ini.

Dalam larian mendaki bekas menara tertinggi dunia itu, Wai Ching muncul pelari terpantas dengan catatan 18:36.62s disusuli pelari Jepun, Ryoji Watanabe (24:51.23s), dan wakil Australia, Mark Bourne (19:33.12s).

"Momen paling bangga menjadi seorang atlet apabila dapat mengibarkan bendera malaysia di atas Podium.

"Nombor satu keseluruan dalam Taipei 101 Run Up!" tulisnya dalam satu kiriman sosial media.

A post shared by Wai Ching Soh (@mastowerrunner)