Pemain Skuasy lelaki negara, Syafiq Kamal, tidak berdepan kesukaran dalam menewaskan rakan senegara, Hafiz Zhafri, yang berada di kedudukan yang lebih rendah berbanding dirinya yang merupakan pilihan keenam dalam saingan kelayakan Kejohanan Dunia Skuasy Zon Asia itu.

Begitupun, dia mengakui bahawa aksi yang tidak konsisten sejak permulaan musim nekad untuk bermain sebaik mungkin untuk merebut slot tunggal bagi melayakkan diri ke Kejohanan Skuasy Dunia di Kaherah pada bulan mei depan.

Dia yang pernah berada dalam 2 kejohanan dunia sebelum ini menerima positif dengan peningkatan pemain muda negara yang akan memberikan cabaran kepada dirinya nanti dalam mengekalkan kedudukan sebagai pemain pilihan.

"Daripada awal tahun memang saya agak bergelut dengan prestasi saya dan sekarang saya sedang membina semula untuk terus konsisten.

"Jika saya terus fokus dan konsisten mungkin ada peluang buat diri saya untuk merebut satu slot ke kejohanan dunia.

"Sasaran saya adalah untuk berada dalam kedudukan 50 pemain terbaik dunia sebelum penghujung tahun tetapi saya perlu fokus dalam setiap kejohanan untuk mengumpul banyak mata.

"Hafiz Zhafri adalah pemain muda yang banyak peningkatan dan terdapat tiga pemain lagi yang mampu mencabar kedudukan saya jadi kami perlu bersaing untuk mencapai di tahap yang lebih tinggi." katanya.