Sukan Malaysia (Sukma) ke-21, Sri Aman merupakan salah satu dari 9 daerah yang menjadi destinasi atlet dan peminat sukan tinju di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Sri Aman.

Sri Aman atau nama lainnya Si Manggang, merupakan sebuah kawasan pertanian yang terbesar di Sarawak, sumber ekonomi utama di bahagian ini adalah aktiviti pertanian.

Terdapat juga aktiviti pelancongan seperti pelancongan eko dan pelancongan budaya yang penting untuk ekonomi tempatan.

Selain dari terkenal dengan lumba perahu (Pesta Benak Perahu) yang diadakan setiap tahun, Sri Aman turut terkenal dengan ikan lumek salai, ikan pansuh dan kuih penyaram.






Hal ini akan menjadi tarikan bagi pengunjung yang belum mencuba makanan dari daerah tersebut.

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sri Aman antaranya ialah Sri Aman Waterfront, Batang Ai National Park, Muzium Kubu Alice dan banyak lagi tarikan lain.




Bagi penginapan pula, Rumah Wilson Bana, Po Ai akan menjadi pilihan buat pengunjung kerana suasana nya yang lebih tenang dan semula jadi berbanding memilih untuk menginap di kawasan bandar seperti hotel.

Oleh itu, kunjungan dari penonton Sukma ini akan memberikan impak positif kepada industri bagi daerah Sri Aman.