Berbaki 110 hari lagi menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak edisi ke-21, kita akan merungkai apa yang menarik di daerah Serian yang menjadi pilihan venue bagi acara sukan gimnastik.

Pekan Serian yang telah diisytiharkan secara rasmi sebagai bahagian ke-12 Sarawak pada tahun 2015 itu terkenal dengan buah durian yang dipercayai terbaik di Sarawak. Peserta yang berkunjung ke bandar Serian boleh menikmati keenakan durian Serian yang dikatakan setanding dengan durian Musang King yang terdapat di Semenanjung Malaysia.





Selain daripada itu, pusat rekreasi kolam renang Stampark Place yang menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk aktiviti di hujung minggu. Namun tahukah anda? Di sini lah bermulanya kisah ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang menjadikan pusat rekreasi itu sebagai tempat beliau berlatih semasa kecil sebelum berjaya mewakili Sarawak pada usia 7 tahun.

Tidak ketinggalan, Pusat Hidupan Liar Semenggoh juga boleh disenaraikan dalam 'to-go list' sekiranya anda berkunjung ke daerah ini. Umum mengetahui, negeri Borneo sangat terkenal dengan habitat Orang Utan. Inilah masanya untuk anda bertemu dan melihat Orang Utan yang tertua iaitu Seduku.

(https://www.iloveborneo.my/tempat-menarik-cuti-sekolah/)