Daerah seterusnya untuk Sukma Sarawak kali ini ialah Kota Samarahan. Acara sukan yang bakal berlangsung di daerah itu ialah catur dan futsal di Dewan Jubli UiTM Samarahan dan Stadium Tertutup Kota Samarahan.

Peminat bagi sukan-sukan ini bakal membanjiri kawasan Samarahan menjelang Ogos bertujuan untuk melihat sukan itu secara langsung.



Terdapat pelbagai tarikan di Samarahan bermula dari tempat, makanan sehinggalah ke penginapan.

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah The Food by Kuali Emak di mana tempat berkenaan juga merupakan 'port healing' dan 'camping site'.



Mereka yang ingin bersantai petang sambil menikmati makanan dan minuman boleh ke Stayday Cafe kerana mereka menyediakan pelbagai pilihan seperti cendol, ABC, sotong kangkung dan banyak lagi.

Bagi peminat e-sukan, D-Virtual Park adalah pilihan terbaik anda kerana mereka menyediakan 'VR Games' dengan harga yang berpatutan.



Sekirannya anda hadir ke Samarahan, sudah semestinya anda ingin mencari tempat penginapan. Roxy Aiman Hotel merupakan pilihan terbaik kerana dekorasi yang unik, harga yang berpatutan serta keselesaan yang ditawarkan.

Jadi, marilah saksikan futsal dan catur di Kota Samarahan!