102 hari lagi menjelang Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke- 21 yang bakal berlangsung di beberapa daerah di Sarawak.

Terdapat beberapa atlet dari negeri Bumi Kenyalang itu yang berjaya mengukir nama di pentas dunia, antaranya Jackie Wong Siew Cheer, atlet baling tukul besi negara.

Jackie Wong beberapa kali memecahkan rekod kebangsaan dari tahun 2013 sepanjang penglibatannya dalam acara baling tukul besi.



Bagaimanapun, hajatnya ingin mengekalkan pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 tidak kesampaian apabila dirampas musuh ketat dari Thailand, Kittipong Boonmawan, dengan perbezaan hanya 0.29 meter.

Menurut atlet kelahiran Sarikei itu, 2017 merupakan tahun kegemilangannya kerana berjaya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak 3 kali.



Rekod tersebut diperoleh ketika Kejohanan Olahraga Jeollanamdo, Korea Selatan (64.55m), Sukan MAKSAK (65.34m) dan Sukan SEA Kuala Lumpur (65.90m).

Jackie Wong, yang berada dalam misi membalas dendam akhirnya berjaya menundukkan Kittipong Boonmawan dengan mencatat balingan 65.07 meter di Kejohanan Olahraga Asia 2023.