Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg, mewakili kerajaan negeri Sarawak menjanjikan bahawa atlet yang berjaya memperoleh pingat emas akan mendapat insentif.

"Kerajaan negeri Sarawak sememangnya sudah menyediakan insentif kepada atlet yang mempamerkan kecemerlangan tetapi akan diumumkan selepas kejohanan tersebut," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, sekali lagi diangkat sebagai Chef de Mission (CDM) kontinjen Sarawak kali ini.

Datuk Gerald, berharap prestasi terbaik bakal dipamerkan barisan atlet Sarawak dan mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia bagi menikmati sendiri budaya dan makanan terbaik di bumi Sarawak.