Untuk hari ni, kita akan ke daerah seterusnya, iaitu Betong. Betong merupakan salah satu daerah yang akan berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-21 pada Ogos depan.

Peminat sukan angkat berat akan membanjiri daerah Betong. Acara itu berlangsung di Dewan Panglima Rentap.

Buat yang tidak tahu, nama "Betong" diambil bersempena pokok buluh tempatan yang banyak terdapat di situ, iaitu buluh betong.



Betong menawarkan banyak tarikan pelancongan, antaranya adalah Bukit Sadok. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Bukit Sadok mempunyai nilai sejarah yang tinggi, di mana Pahlawan Iban, Rentap, pernah membina kubu pertahanan di sana untuk melindungi diri daripada serangan Charles Brooke.



Betong Night Market juga satu tarikan, di mana peniaga menawarkan pelbagai jenis makanan yang memikat selera daripada hidangan tradisional hinggalah makanan antarabangsa yang menyelerakan.

Penganjuran Sukma di daerah ini akan memberikan impak kepada ekonomi tempatan kerana peniaga akan memperoleh peluang untuk mempromosikan jualan mereka.



Bagi penginapan pula, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat mengikut citarasa seseorang itu, sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan pengalaman penginapan yang lebih tradisional, anda boleh ke Longhouse in Betong dan sekiranya anda lebih mengutamakan keselesaan, anda boleh ke Medan Hotel, Betong Plaza Hotel dan Loxing Hotel.