484 acara daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak bermula 17 Ogos depan.

Dalam temasya dwitahunan yang akan berlangsung selama seminggu itu, seramai 12,613 atlet dan pegawai akan melibatkan diri.

Daripada jumlah itu, 5,664 yang akan mengambil merupakan atlet lelaki manakala 4,257 daripadanya merupakan atlet wanita yang akan membentuk jumlah keseluruhan 9,921 atlet.

1,845 pegawai lelaki akan bertindak sebagai pengiring atlet yang akan mengambil bahagian sambil 847 pegawai wanita juga akan turun padang, sekali gus membentuk jumlah keseluruhan 2,692 pegawai dalam edisi kali ini.