Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin dan Aniq Kasdan, sah tidak akan menyertai Sukan SEA 2023 supaya mempunyai ruang untuk menumpukan perhatian ke kelayakan Sukan Olimpik 2024.

Namun, Aznil dan Aniq bukan sahaja perlu bertanding dengan pencabar negara lain tapi antara satu sama lain kerana hanya satu kuota diperuntukkan untuk setiap negara dalam kedudukan 14 terbaik.

"Aznil dan Aniq berkemungkinan besar tidak akan menyertai Sukan SEA kerana jadual bertindih untuk saingan kelayakan Sukan Olimpik, itu menjadi keutamaan mereka," kata Naib Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia, Amirul Hamizan.

Selain itu, Erry Hidayat akan mengetuai skuad negara disebabkan kemungkinan besar tiada Aznil dan Aniq.

Erry akan bertanding dalam kategori berlainan iaitu 81 kilogram supaya dapat melangkau sasaran yang ditetapkan badan induk tersebut.

"Erry akan mengetuai skuad angkat berat dan mungkin akan bertukar kategori 81 kilogram dalam saingan Sukan SEA kali ini," katanya lagi.