Pelumba berbasikal lebuhraya negara, Nur Aisyah Mohammad Zubir, teruja dengan kali pertamanya menjalani latihan di luar negara sebagai persiapan ke Sukan Olimpik Paris bermula Ogos ini.

Dia yang bakal mula menjalani latihan di Croatia bersama jurulatihnya yang juga Olimpian negara, Amir Mustafa Rusli bermula hujung bulan ini, berharap mampu meningkatkan tahap intensiti latihan supaya cukup bersedia untuk bertemu pesaing luar negara.


Sementara itu, dia juga menanam impian untuk mempunyai jentera atau basikal baru untuk digunakan ketika berentap di Paris nanti.