Setelah sah layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024, olimpian pelayaran empat kali negara, Khairulnizam Afendy,tiada hasrat untuk bersara usai tamatnya temasya terbesar itu.

Khairulnizam berkata bahawa, dia menjadikan Datuk Azizulhasni Awang sebagai inspirasi yang telah melayakkan diri buat kali kelima secara peribadi kelak.

Dalam masa sama, Khairulnizam juga mendakwa walaupun usia semakin meningkat, dia tetap memperoleh lebih banyak pengalaman untuk mendapat pencapaian terbaik dalam kariernya.

"Saya mencontohi Datuk Azizulhasni Awang yang akan membuat penampilan kelima dalam Sukan Olimpik, malah saya mahu mencabar diri saya sendiri untuk buat lebih dari dia.

"Sukan pelayaran sangat berharga buat saya kerana setiap pelayaran adalah pengalaman untuk saya kerana umur hanyalah sekadar nombor dan bukan penghalang untuk saya," katanya.