Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif berkemungkinan bakal terlepas saingan Sukan Olimpik paris ekoran kecederaan yang melibatkan urat saraf tangan kanannya.

Perkara itu dikongsi oleh temu bual wartawan Astro Arena, Karl Nunis bersama Shazrin yang mengesahkan kecederannya sejurus selepas terpaksa pulang awal dari Kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis.


"Dia (tangan) rasa sakit sebab berkaitan dengan saraf," kata Shazrin.

Shazrin yang sebelum ini merupakan atlit pertama mendapat slot ke temasya sukan berprestij itu serta itu adalah merupakan penampilan hatrik buatnya.

Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Arena jam 10 malam ini.