Skuad ping pong wanita negara menyumbangkan pingat perak dalam Sukan Komanwel Birmingham selepas tewas 0-3 kepada pasukan pilihan, Singapura, dalam final acara berpasukan wanita di Dewan NEC sebentar tadi.

Gandingan Karen Lyne-Ho Ying memberikan tentangan sengit sebelum tewas 11-7, 4-11, 6-11, 5-11 kepada Zhou Jingyi-Zeng Jian.

Alice Chang kemudian cuba untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak dapat menandingi kehebatan Feng Tianwei sebelum akur tewas 9-11, 1-11, 7-11.

Ho Ying selepas itu turun dalam acara perseorangan menentang Zeng Jian sebelum tewas 3-11, 4-11. 11-8, 5-11, sekali gus merelakan Singapura memenangi emas sambil skuad negara berpuas hati dengan pingat perak.

Sebagai rekod, Malaysia sekadar menamatkan saingan di peringkat suku akhir acara berkenaan dalam edisi di Gold Coast pada 2018.