Aniq Kasdan membutirkan kilauan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mengungguli acara angkat berat 55 kilogram di Dewan NEC sebentar tadi.

Aniq menamatkan saingan snatch dengan angkatan seberat 107 kilogram dalam percubaan pertamanya.

Dia kemudian memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan clean and jerk dengan angkatan 142 kilogram.

Secara keseluruhan, Atlet berusia 19 tahun itu menghimpunkan angkatan seberat 249 kilogram untuk memenangi pingat emas pertama kontinjen negara.

Pingat perak menjadi milik wakil India, Sanket Mahadev Sargar, manakala Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka memenangi gangsa.

Ketika bertemu wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, "Saya sebenarnya telah mula hilang semangat selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana COVID-19, namun jurulatih serta keluarga memberikan semangat kepada saya untuk terus berlatih.

"Saya bersyukur dapat meraih emas percaya kemenangan ini cukup berbaloi dengan usaha yang telah diberikan selama ini."