Penjaring Selangor Angels, Karishma S Loganathan, mengakui faktor kecergasan yang kurang menjadi kelemahan utama pasukannya menuju kemuncak saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Faktor itu tampak jelas apabila Angels yang terikat 4-4 ketika menamatkan suku pertama menentang Johor Jewels, ketinggalan tipis 10-14 dalam suku berikutnya.

Tetapi Jewels diberikan ruang untuk makin selesa mempamerkan penguasaan mutlak dalam perlawanan bola jaring itu dengan jaringan 18-3 sebelum mengesahkan kemenangan bergaya 57-25.

"Mungkin persiapan singkat tidak cukup jadi kami perlukan strategi baru.

"Kami tidak seharusnya ikut rentak pasukan lawan sebaliknya kekalkan permainan perlahan agar dapat jejaskan tempo mereka," katanya.




Menurut Karishma lagi, pasukan Lembah Klang itu merancang untuk mengubah strategi dan corak permainan menjelang saingan separuh akhir berdepan Kuala Lumpur Wildcats selepas meraih tempat ketiga musim lalu.

"Kami pernah menang ke atas Kuala Lumpur Wildcats dalam liga dengan jurang 15 mata.

"Kami beraksi dengan baik dalam suku pertama jadi kami harus kekalkan corak permainan asal.