Pentas separuh akhir Sooka Netball Super League (NSL) 2022 mampu menjelmakan perlawanan sengit walaupun ramai yang sudah menjangkakan pasukan manakah yang bakal mengisi slot final Ahad ini.

Pasukan pilihan, Johor Jewels, akan berentap dengan Pahang Tulips di Stadium Juara, Sabtu ini, untuk mengesahkan kehandalan mereka dengan menyasarkan kejuaraan bola jaring kebangsaan musim ini itu bertukar tangan.

Pasukan dari selatan itu akan turun berbekalkan reputasi kemenangan 76-34 ke atas lawan sama dalam pusingan awal, dua minggu lalu.

"Kami perlu perbaiki (mutu) persembahan terutama di bahagian tengah.

"Saya harap memasuki minggu terakhir ini pergerakan di tengah gelanggang kami makin mantap," katanya di Astro Arena sebentar tadi.





Tatkala watak penting, Fariha Razak, tidak dapat diturunkan minggu lalu gara-gara kecederaan, Fazira masih menaruh keyakinan bahawa anak jati Johor itu cergas untuk pertemuan getir kelak.

"Buat masa ini Fariha dalam fasa pemulihan tetapi tidak serius.

"Insya-Allah dia dapat bermain dalam perlawanan akan datang," katanya.