Dua pemain import sudah tiba di tanah air bagi memperkuatkan Johor Jewels mengharungi kempen Sooka Liga Super Bolajaring (NSL) 2022.
Gayani Dissanayake dari Sri Lanka serta Sirima Samnaree dari Thailand sudah pun memulakan kem latihan bersama dari selatan itu menjelang saingan di Stadium Juara, Bukit Kiara, minggu ini.
Selepas sesi pertamanya, Gayani sempat berkongsi tahap keserasiannya bersama gandingan utama pasukan, Nur Syafazliyana Mohd Ali. (23)
"Selepas beberapa suku masa permainan, kami mula dapat bermain seperti biasa, mula meraih rentak keserasian.
"Saya pernah berdepan dengannya dalam dua kejohanan sebelum ini jadi disebabkan itu kami dapat mewujudkan persefahaman.
"Seronok dapat bermain di sampingnya," kata pertahanan kebangsaan Sri Lanka itu.
Antara aksi menarik pada hari pertama Sooka NSL membabitkan Perak Phoenix menentang Negeri Sembilan Venom Jumaat ini, manakala Johor Jewels berentap dengan Kedah Sunshine diikuti KL Wildcats dan Melaka Mystic.
Peminat boleh membeli tiket di www.tickethotline.com.my untuk menonton Sooka NSL 2022 di stadium atau menontonnya secara langsung di Astro Arena dan Sooka.