Skuad bola tampar pantai wanita negara menempah kelayakan beraksi dalam Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai B-19 di Shangluo, China pada Ogos depan.

Malaysia bersama empat negara lain, iaitu Australia, Thailand, Jepun dan Kazakhstan, layak ke kejohanan utama itu manakala skuad lelaki negara pula perlu mengharungi pusingan kelayakan.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam satu kenyataan berkata: Presiden bersama Exco MAVA dan pasukan kebangsaan dan pengurusan skuad bola tampar pantai ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola tampar pantai peremuan kebangsaan B-19, yang terdiri daripada Auni, Qariesya, Cadence Goh, Lim Jing Qian, Rachael Goh dan Mashitah, kerana melayakkan pasukan Malaysia ke Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai 2024 di Shangluo, China.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kami di sini, yang terdiri daripada Khoo Chong Long, Anwar Anhar, Bong Lip Chi dan Hafiz, kerana bertungkus lumus dalam menyediakan pasukan di sini sejak dua minggu lalu.

"Tidak lupa juga kepada jurulatih kami di Pulau Pinang, Bun Lai, yang telah menyediakan pasukan terlebih dahulu. Syabas jurulatih. Juga jurulatih Shamsaimon kerana memberi tunjuk ajar dan nasihat."