'Siapa pun boleh bertanding', itu pendirian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas terbit pandangan agar rombakan dilakukan dalam badan induk itu.

Hamidin sebaliknya tampak sedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang terutama sekali pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan.

Barisan kepimpinan FAM menjadi tumpuan apabila Mantan Timbalan Presiden, Khairy Jamaluddin berasakan sudah tiba masanya untuk peralihan dilakukan dalam badan induk itu.

Ia bagi memastikan bola sepak terus bergerak dan berkembang lebih pesat untuk masa akan datang.

Namun, Khairy mengakui belum terfikir kembali ke FAM selepas namanya dikaitkan dengan jawatan berkenaan dan mengulas mengenai kenyataan itu, ini reaksi Hamidin, "."

Peralihan dituntut dalam FAM susulan kemerosotan prestasi bola sepak negara secara mengejut membabitkan skuad senior dan skuad bawah 23 tahun negara.

Ia menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas dua perlawanan berturut-turut dalam kempen Kelayakan Piala Dunia bertemu Oman, manakala skuad muda negara pulang tanpa sebarang mata dalam Piala Asia B-23 di Qatar baru-baru ini.

"Apa pun yang kita buat kita tidak boleh lari daripada perlembagaan.

"Sesiapapun boleh bertanding dan saya bersifat terbuka dengan mengikut peraturan.

"Kita masih menunggu laporan prestasi sepanjang skuad negara berada di Qatar dan mungkin dalam minggu ini siap kemudian kami akan mengadakan mesyuarat untuk melihat prestasi secara keseluruhan." " kata Hamidin menerusi Nadi Arena.

"Persatuan Bolasepak Malaysia", FAM, "Datuk Hamidin Mohd Amin", Malaysia,