Maria Sharapova berharap Serena Williams cepat pulih selepas jaguh Amerika Syarikat itu terpaksa menarik diri daripada Terbuka Perancis.

Aksi pusingan keempat Roland Garros itu dibatalkan kerana Williams mengalami kecederaan otot ketika mengharungi aksi beregu.

Sharapova mara ke suku akhir tetapi terlepas peluang untuk meraih kemenangan ke atas Williams

Sharapova berharap dia cepat pulih dan kembali beraksi dalam gelanggang pada masa akan datang.

"Saya sememangnya menantikan perlawanan berdepan Williams dan kecewa dia terpaksa menarik diri," katanya.

"Saya berharap dia akan kembali pulih dan menyertai kejohanan akan datang."