Pelari pecut para negara, Ridzuan Puzi, ternyata tidak dapat menerima bahawa dia mungkian akan terpaksa berpisah dengan jurulatih kesayangannya, R. Jeganathan.

Pemenang pingat emas acara 100 meter T36 Sukan Paralimpik Rio 2016 itu mengalirkan air matanya apabila mendapat perkhabaran bahawa kontrak jurulatih itu berkemungkinan tidak akan disambung Majlis Sukan Negara (MSN).

Biarpun masih belum ada sebarang kepastian daripada pihak MSN, spekulasi itu jelas mengganggu emosi Ridzuan menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024.

"Jurulatih Jega sangat baik," katanya kepada Nadi Arena dalam penuh kehibaan.

"Dia amat memahami. Dia berjanji untuk berjuang bersama saya di Paris.

"Jurulatih Jega kembalilah kepada kami, kita buat 'comeback dalam Sukan Paralimpik Paris 2024."