Daniel Ricciardo mengakui bosan menunggu musim Formula Satu (F1) bermula dan pemandu Red Bull itu sedia kembali beraksi.

Pasukan Red Bull telah melancarkan jentera baru RB14 untuk musim 2018, yang bakal bermula dengan saingan Grand Prix Australia pada 25 Mac ini.

Ricciardo, yang menikmati sembilan kemenangan podium, termasuk memenangi GP Azerbaijan, teruja untuk kembali berlumba di litar.

"Saya sangat gembira kerana kembali untuk berlumba selepas berehat panjang, saya berasakan ia terlalu lama," katanya.

Ricciardo menyifatkan tiada kejutan daripada jentera baru, ia merupakan satu petanda baik untuk memulakan musim 2018.

"Ia memiliki persamaan seperti jentera musim lalu, saya berasakan ia adalah amat baik.

"Buat masa ini, saya berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan dan berharap ketika saingan bermula, saya dapat melakukan yang terbaik."