Kejohanan Ragbi Cobra 10s tetap menjanjikan aksi terbaik meskipun juara bertahan, Devata dari Fiji, sah tidak menyertai kejohanan yang memasuki edisi ke-49 kali ini.

Saingan Piala Dunia Ragbi di Jepun merupakan faktor kurang penyertaan dalam kejohanan yang bakal bermula 9 November ini.

Hanya 12 pasukan -- kurang empat pasukan berbanding edisi terdahulu -- termasuk empat pasukan Malaysia serta New Zealand dan Afrika Selatan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Juara dua kali berturut-turut, Devata, mengesahkan tidak akan membuat penampilan, namun pihak penganjur tetap menjanjikan aksi terbaik.

Untuk laporan lanjut, ikuti Nadi Arena jam 5.30 petang dan 7.30 malam ini