Ketua Pegawai Eksekutif Petronas (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif, menjangkakan Siri Kejuaraan Malaysia (MSC) yang bermula di Sepang, Jumaat ini, akan menghidangkan pengalaman menarik buat penontonnya.

"Dengan format perlumbaan baru yang diperkenalkan, saya teruja bahawa kami merekodkan penyertaan 65 pelumba untuk siri sepanjang tahun ini.

"Penyertaan ini makin mendapat sambutan dan saya percaya musim ini akan bertambah menarik lagi.




"Sebagai penganjur kepada kejuaraan kebangsaan paling lama ini sejak 2002, kami komited untuk terus menghasilkan keselamatan perlumbaan berkualiti tinggi.

"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menyambut kehadiran semua di Sepang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MSC menawarkan empat kelas berbeza iaitu Touring Production (T Production), kereta touring (M Production), Stock Production 1 (SP1) dan Stock Production 2 (SP2).