Ketua jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh, berharap penyokong tidak terlalu memberi tekanan kepada anak buahnya dalam misi mempertahankan gelaran Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024.

Malaysia ditabalkan juara buat julung kalinya dalam edisi 2022 selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 ketika di bawah kendalian Arul Selvaraj.

Sarjit kemudian dinamakan sebagai ketua jurulatih yang baru pada awal Mac depan dengan tugasan pertamanya ialah mempertahankan kejuaraan PSAS.




Justeru, dia berdepan kekangan masa untuk membuat persiapan rapi, malah skuad negara masih belum menjalani program latihan kecergasan.

Semalam, anak buahnya yang turun dalam ujian pertama dengan mengatasi New Zealand 3-2 di Stadium Hoki Ipoh.



Senarai 18 pemain yang dipanggil untuk PSAS dengan Marhan Jalil, Faizal Saari dan Fitri Saari kembali menyertai skuad selepas tersisih edisi lalu.