Skuad kendalian Sarjit Singh menempah pertemuan dengan New Zealand bagi perebutan tempat ketiga Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Ke-30, esok.

The Speedy Tigers mencipta kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan dalam pertemuan di Stadium Azlan Shah di Ipoh, sebentar tadi, dan berpeluang mencipta jaringan lebih besar lagi, sekali gus berpeluang mengulangi kejutan 6-4 ke atas New Zealand di peringkat kumpulan sebelum ini




Namun, jaringan tunggal Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-7 sudah cukup untuk skuad kebangsaan menebuskan kekecewaan selepas hasrat mempertahankan kejuaraan dua tahun lalu lebur.