Skuad hoki negara terpaksa berputih mata selepas tewas kepada Jepun 1-2 dalam perlawanan ketiga Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.

Malaysia berjaya bangkit mengikat Jepun 1-1 dalam suku masa kedua melalui Faizal Saari sebelum Kazumasa Matsumoto terlebih dahulu meletakan negara matahari terbit di hadapan selepas pemain itu mudah menguis bola masuk ke gawang Malaysia.

Skuad Jepun kemudiannya menggandakan kedudukan melalui Taiki Takade untuk terus memberi tekanan kepada anak buah kendalian Sarjit Singh itu.


The Speedy Tigers dihadiahkan pukulan sudut penalti pada penghujung suku keempat namun peluang tersebut gagal dimanfaatkan oleh pemain berusia 33 tahun, Faizal Saari untuk menyamakan kedudukan.