Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, yakin dominasi Thailand mampu ditembusi menjelang Piala Dunia Sepak Takraw pada 18 Mei depan.

Dia merujuk kepada senarai pemain yang masih belum diumumkan, seolah-olah resipi baru dalam usaha mengatasi keampuhan musuh tradisi itu.

Tegasnya, barisan yang akan digalas cabaran adalah berbeza berbanding beberapa kejohanan sebelum ini dengan menerapkan kombinasi pemain lama dan baru.



"Gandingan kali ini melibatkan pemain muda dan senior yang kami fikirkan mampu berikan prestasi lebih baik berbanding Sukan SEA dan Sukan Asia tahun lalu, " katanya di Nadi Arena.

Selepas skuad negara terus dinafikan kemampuan di pentas utama dalam dua temasya penting iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia yang lalu, pertandingan di Kuala Lumpur mungkin menceritakan rezeki berbeza.

Itu yang diharapkan Ahmad Jais apabila dominasi dalam kategori beregu, doubles dan berpasukan masih dibelenggu badi Thailand hingga ke hari ini.

"Ini pelantar terbaik (mencabar kejuaraa), lebih-lebih lagi bermain di laman laman sendiri dan saya percaya pemain mempunyai keazaman tinggi untuk menghasilkan kejutan walaupun ia mencabar.

"Ia tidak mustahil untuk direalisasikan dalam Piala Dunia ini," katanya lagi.