Ketua jurulatih skuad olahraga para negara, R. Jeganathan, mempunyai taruhan terbaru dalam misi melahirkan lebih ramai jaguh dunia dengan terbaru, Jonathan Wong Kar Gee, dicanang bakal membawa pulang pingat emas Paralimpik Tokyo.

Di sebalik wajah tenangnya, jauh di sudut hati atlet berusia 29 tahun kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu mempunyai misi peribadi sekaligus menggegar bumi Tokyo.

Sukan Paralimpik 2016 menjadi penanda aras kredibiliti Jeganathan melahirkan jaguh dunia seperti Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selepas ikon sukan para negara selepas membutirkan pingat emas di Rio de Janeiro.

Menjadikan mereka bertiga selaku aspirasi kejayaan, Jonathan tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila dicanang untuk menyinar dalam temasya Paralimpik sulungnya di Tokyo nanti.

"Saya amat bermotivasi tinggi, teruja dan positif kerana beraksi dalam Sukan Paralimpik buat pertama kali," katanya.

"Dicanang sebagai prospek emas di Tokyo, ia merupakan satu kebanggaan dan berharap untuk melakukan yang terbaik di sana nanti."