Selepas 10 tahun meninggalkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, kembali dalam barisan tertinggi kepimpinan badan induk itu selepas menang dengan 20 undian berbanding 16 bagi mantan presiden, Datuk S.M Muthu.
Shahidan pernah memegang jawatan nombor satu KOM dari 2006 hingga 2012 tetapi tewas kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pemilihan bagi penggal 2013-2015.
Pemilihannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KOM itu bakal menuntut Shahidan bekerja lebih keras kerana perlu memimpin dua persatuan memandangkan dia juga merupakan presiden Kesatuan Renang Malaysia (MS).
Walaupun reaksi Shahidan gagal menjawab secara keseluruhan persoalan tetapi jaminannya merujuk kepada prestasi atlet yang bakal dipersiapkan dalam kejohanan besar selepas ini.
"Saya telah tunjukkan cemerlang dalam MS, jadi beri (saya) peluang (untuk terajui KOM), saya perlu tunjukkan sesuatu.
"Kalau gagal sudah pasti saya saya tidak akan bersama (KOM). Paling penting, saya letakkan matlamat untuk kami capai.
"Kalau hendak tanyakan soalan (seperti) ini, kita tengok prestasi kami dalam Sukan SEA (Kemboja tahun depan)," katanya dalam sidang media selepas dipilih.
Sementara itu, Muthu tidak bercadang untuk untuk membuat penampilan lagi pada masa akan datang.
"Pada masa (penggal) depan saya sudah berumur 69 tahun, berilah peluang kepada orang muda.
"Sudah lepas tapi mahu kembali lagi, itu bukan cara yang betul.
"Sudah pasti saya akan terus bantu apa yang mereka nak (perlukan) tapi saya tidak lagi mahu bertanding," katanya.