Presiden Persatuan Olimpian Malaysia, Noraseela Khalid, keliru dengan tindakan kerajaan menyalurkan dana berjumlah RM10 juta buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tujuan pembangunan pada ketika elaun atlet kebangsaan dikurangkan.

Baginya, kerajaan seharusnya memberikan tumpuan kepada persediaan kontinjen negara dalam menghadapai tiga temasya utama tahun ini -- Sukan SEA Hanoi pada Mei depan, Sukan Komanwel Birmingham pada Julai depan, dan Sukan Asia Hangzhao pada September 2022.

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, dia berkata: "Reaksi saya apabila mendengar berkenaan sumbangan kerajaan kepada FAM, tentu sekali tertanya-tanya justifikasi tentang sumbangan tersebut.

"Pada pandangan saya, kenapa sukan bola sepak? kenapa tidak sukan lain?

"Kalau kita lihat dengan teliti, ada banyak kejohanan antarabangsa tahun ini seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Kenapa tidak diberikan keutamaan kepada persiapan atlet ke temasya itu?

"Malah kalau kita lihat dengan teliti, hanya lebih-kurang dua tahun sahaja lagi sebelum Sukan Olimpik Paris,

"Lebih serius dan keutamaan kita di mana sebenarnya?" katanya.