Nikola Jokic, pemain tengah Denver Nuggets, terus menambah pencapaiannya dengan memenangi Anugerah MVP NBA untuk kali ketiga.

NBA hari ini mengumumkan bahawa bintang Serbia itu mengatasi Shai Gilgeous-Alexander dari Oklahoma City Thunder dan Luka Doncic dari Dallas Mavericks dalam perebutan Trofi Michael Jordan.

Jokic memenangi anugerah itu dua tahun berturut-turut sebelum ini, dan dengan kemenangan terbaru itu, dia kini menjadi pemain kesembilan dalam sejarah memenangi tiga atau lebih Anugerah MVP, sekali gus sebari dengan nama-nama besar seperti Kareem Abdul-Jabbar, Michael Jordan, dan LeBron James.

Jokic memenangi perebutan MVP musim 2023-24 dengan memperoleh 79 undian tempat pertama. Gilgeous-Alexander pula mendapat 15 undian tempat pertama, Doncic empat, dan Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee Bucks dengan satu undian.

Selain pencapaian individu, Jokic turut membawa Nuggets meraih gelaran NBA musim lalu dan menempatkan pasukannya sebagai pilihan kedua dalam Playoff Sidang Barat musim 2023-24 dengan purata 26.4 mata, 12.4 rebound, dan 9.0 bantuan.

Dia merupakan satu-satunya pemain NBA yang berada dalam kelompok 10 teratas daripada segi jaringan, rebound dan bantuan, dengan catatan 25 triple-double -- hanya kurang satu daripada rekod terbanyak dalam liga yang dipegang oleh Domantas Sabonis dari Sacramento Kings.