Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Moonton Games, Fikri Rizal Mahruddin, menyelar tindakan vandalisme yang berlaku terhadap pemain Todak yang dipinjamkan ke pasukan Niners, minggu lalu.

Fikri, yang ditemu bual Astro Arena dalam majlis makan malam bersama pengamal media, berkongsi bahawa dia tidak akan mengambil kesempatan atas perkara tersebut sebagai strategi pemasaran Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Pro League Malaysia (MPLMY), yang kini sudah pun memasuki minggu keempat.

"Saya percaya setiap perbuatan yang berunsur vandalisme tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan dalam ekosistem e-sukan.

"Sebaliknya ia perlu diterjemahkan dalam bentuk semangat kesukanan antara satu sama lain", katanya.