Jurulatih Selangor Red Giants (SRG), Arcadia, menegaskan bahwa pasukannya tidak akan mudah berasa selesa biarpun berhasil menumbangkan Homebois 2-0 dalam aksi pertama MPLMY S13 hari ini.

SRG tidak berdepan masalah untuk menumbangkan juara bertahan, Homebois, dalam aksi pembukaan itu, terutama dengan kemenangan 10-0 dalam game kedua.

Ia menjadi petanda bahawa SRG akan menguasai saingan musim ini tetapi Arcadia, ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, enggan pasukannya mudah berasa selesa.

"Buat masa ini, kami gembira dapat menunjukkan apa yang kami mampu lakukan. Sudah tentu kami akan meraikan kemenangan ini tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Kami masih ada satu lagi perlawanan minggu ini.

"Sudah pasti kami tidak akan berasa selesa. Kami hanya akan terus berusaha dengan serius," katanya.