Selangor Red Giants meneruskan rentak cemerlang dalam saingan MPLMY S13 minggu kelima hari kedua menewaskan pasukan King Empire 2-0 sekaligus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam semua perlawanan.

SRG menyinar dalam Perlawanan 1 selepas menewaskan King Empire walaupun Fanny pasukan lawan yang digunakan Sutsujin sukar dikawal dan dilihat agresif dalam pertengahan perlawanan.

Kramm dipilih sebagai Most Valuable Player (MVP) dalam Perlawanan 1 dengan rekod 100% penyertaan membunuh.

Perlawanan 2 menyaksikan persaingan sengit dengan King Empire hampir melakar kebangkitan bagaimanapun pertarungan terakhir dalam minit ke-23 memberikan SRG kemenangan bersih dengan mengutip tiga mata penuh.

Kemenangan itu menyaksikan SRG menjadi pemegang takhta liga MPLMY S13 di tangga pertama dengan 21 mata sekaligus menjadi pasukan pertama mara ke peringkat kalah mati dan MVP keseluruhan perlawanan itu menjadi milik KRAMM buat pertama kali.