Selangor Red Giants (SRG) terus mengekalkan rentak kemenangan bersih dalam perlawanan MPLMY S13 minggu keempat hari ketiga selepas menewaskan Monster Vicious 2-0, sebentar tadi.

Perlawanan 1 menyaksikan The Red Giants yang menggunakan Hero Harith, Yu Zhong, Valentina, Guinevere dan Minotaur mudah memberikan tekanan dan tidak memberikan ruang kepada MV dengan selepas mengumpul Damage yang tinggi untuk menewaskan pasukan lawan bagi meraih kemenangan pertama dalam masa 15 minit.

Walaupun masalah teknikal berlaku dalam awal Perlawanan 2 tidak menganggu rentak kecemerlangan anak buah jurulatih Arcadia dengan pemain Gold Laner Innocent cemerlang dengan Hero Roger untuk memacu kemenangan kedua pasukannya.

Kemenangan itu meletakkan pasukan Gergasi Merah itu kekal di tangga teratas liga dengan kutipan 18 mata justeru meletakkan mereka separuh kaki melangkah ke peringkat kalah mati.