Pendahulu MPLMY, Selangor Red Giants, terus mendominasi minggu kelima hari ketiga menewaskan pasukan Barracuda 2-0 sekaligus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam semua perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan SRG kekal di takhta dengan 24 mata secara tidak rasmi dinobatkan sebagai juara liga MPLMY S13 dan menempah slot 'upper brackets' yang akan bermula tidak lama lagi.

Pemain dari Filipina, KRAMM, merangkul gelaran MVP buat kali kedua berturut-turut pada minggu ini.

Selepas ini, SRG akan bertemu Niners untuk perlawanan terakhir liga, 12 Mei ini.