Mobile Legend Bang Bang (MLBB) menjadi pilihan utama rakyat Malaysia apabila cemerlang menggondol dua anugerah dalam dua kategori di Anugerah E-Sukan Malaysia 2024 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara, minggu lalu.
MLBB berjaya meraih anugerah Esports Game of The Year dan Program E-sukan Terjago.
Dalam pada itu, pasukan Homebois juga antara pasukan di dalam MPLMY S13 yang berjaya merangkul anugerah Organisasi Terjago menewaskan organisasi E-sukan yang lain.
Anugerah tersebut merupakan penghormatan dan pengiktirafan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun disebalik tabir komuniti E-sukan di Malaysia.
Saufi Tahir
Thu May 02 2024